Search This Blog

Monday, March 20, 2017

Rasa lapang sikit..

petang semalam, dapat tidor siang yang aku rasa alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bestnya!
dapat tidoq siang tanpa prejudis.. gitteww..
hahahaha..
sebab assignment dah setel!!
yay!
setel sehari sebelum due...
kahkahkahkah..

hadoii..
kira pencapaian hebat sebab siap sehari sebelum tu.
kalau tak, hari due tu la aku submit.
pernah submit pkul 11 mlm, lagi sejam nak pkul 12 tgh mlm..
haa ko aderr?





lega dah setel assignment.
rasa lapang hidup ni.
nak tidor siang pun tak la rasa bersalah sgt sbb aku bukan jenis tidor siang.
dah setel assignment, dari pkul 3 santak ke pukul 6 aku tidor petang semlm..
hahahaha.
cover valik yg berjaga mlm sebelum tu.
cuaca la redup, angin kuat.. fuhh best lah..
lupa sat pasal kerja rumah, baju tak lipat smua tu.
yg penting aku nak tidor..

bukan tak cuba buat assignment awal2 masa dapat tajuk tu.
tapi tak mau jadi.
dah cuba tapi tak bule jugak.
dah hujung2 ha baru gelabah.
tiap2 sem cenggitu jugak aku.
yg herannya, lagi 2-3 hari nak due tu, ehhhhhh mencurah curah idea nak mengarang.
lajuu ja taip.
tau2 stay up semlm ja ha dah siap.
dah terbiasa buat keja last minit kut aku ni.
kadang result power, kadang hampeh.
masa result power tu rasa kembang kempis hidung sbb syok and bangga dgn diri sendiri.
walau last minit eh hebat jugak aku ni.
tapi bila result hampeh, hmmmmmmmmmm rasa nak sula diri sendiri.
sebab dah kenapa ko tak buat awal2 haaaa???

isnin lepas aku siap ambik cuti sebab nak setelkan assignment.

tak pernah lagilah aku ambik cuti semata nak buat assignment tu.
kali ni kena jugak sebab rasa mcm tak sempat nak buat masa last weekend before due.
lagipun nak setelkan hal pendaftaran sekolah amni.
pagi tu pegi sekolah semua, balik dlm pkul 10++ pulun buat assignment.
ni start from 0 la.
mencurah -curah idea datang senang ja aku menaip.
maybe sebab pikir due lagi 7 hari and another assignment tak siap jugak.
hahah.
tapi tak sempat siap jugak la, ada sket lagi masa aku stop ptg tu.
kalau takda gangguan like buka tv, then main hp, maybe setel dah.
jumaat aku finalize sket lagi then submit.
pkul 2 pagi jugak la.. hehe
hari sabtu malam, haa baru pulun utk next assignmnet.
yang ni mencabar sket.
google pun tak membantu mula2 tu.
tak bnyk sgt info yg aku dapat.
stress gak la aku mula2 tu.
yg tu dah buat dlm 35% before this.
aku start buat pkul 12tgh mlm.
sebelum tu budak2 tak tidor mmg takda harapan nak buat.
aku klau buat assignment, suasana kena sunyi and tenang sebab aku nak berfikir, karang ayat bagai nak bercakap sorang2 semua.
patutnya leh start awal, tapi pkul 10 tu ada citer best kat HBO.
hahahaha, layan dlu ngan husband.
citer tu habis pkul 12, baru start on lappy.
pastu mula la menggoogle, mengarang bagai.
pkul 3 pagi aku sedar 1 point tu aku mcm tersasar.
ulang2 baca, ehh salah niiii.
mula2 dah give up malas nak ubah tapi tgk markah ui 12, kena ubah jugak.
dah delete yg tu kena karang balik.
check words, huwaaa tinggal 1600++ words ja.
kena tambah lagi lebih kurang 1k words la sebab minimum is 2500 patah perkataan.
haduiii..
tak leh giveup, kena jugak buat.
pkul 5 pagi siap oiii!
tgk words dah cecah 2600, ha ok done.
hahahahaha..
rasa gigil2 tangan duk menaip.
pkul 5.45 pagi submit assignment..
gilak!
alang2 tu aku tunggu subuh terus la, kalau tidor hmm memang sadaqallah la nak jaga subuh ni walau badan dah goyang masa tu.
togok air masak bnyk2 nak bg hilang pening.
elok ja azan subuh zaaas aku dah atas sejadah.
gerak husband bgn smayang aku tumbang terus tak sedar diri.
rasa berpinar2 dah sebab mengantuk n letih mata kepala otak semua.
esoknya pkul 9 pagi sedar, tapi tak leh nak bgn.
teringat amni kena pegi mengaji tapi tak larat la hai.
tidor balik.. huhu... rugi amni tak pegi ngaji hari tu.
pkul 10 baru terjaga pulak and dah boleh bangun buat keja rumah mcm biasa.
sejarah betul..
hahaha..
husband terkejut bila aku bgtau tidor pkul 630 pagi tu.
haibat dokk?




ni lah rahsia kekuatan mata aku..
hahahaha.
dah berbulan kut aku brenti minum air ni.
aku tak suka nescafe and mmg tak minum pun.
tapi yg ni mmg sedap!
thn lepas kerap la minum, tapi hujung2 tu ada kesedaran so kita stoplah.
nak berjaga buat assignment, minum la setin.
power oii.
aku suka creamy, mocha and latte..
sedappp..
pasni kena sabar, jangan nak minum dah.
sem depan nak buat assignment baru minum pulak.
hahahaha..


ada tak yg perangai mcm aku??
meh sep sket.. 😉


** pictures from google

Wednesday, March 15, 2017

BICARA DAKWAH : MENGHARGAI MASA ADALAH SATU TUNTUTAN

MENGHARGAI MASA ADALAH SATU TUNTUTAN

Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang bermaksud :
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

1)Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan soleh di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.

3)Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

4)Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Jangan Suka Bertangguh-Tangguh;

Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar  dalam mengejar kecemerlangan diri serta kecemerlangan negara. Bertangguh dalam melaksanakan sebarang tugas adalah tidak digalakkan dan akan merugikan masa seseorang.
Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”
Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: “Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.”

Memanfaatkan Masa Di Dunia;

Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia.
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat sehingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya di usahakannya dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Masa Tidak Akan Di Sia-siakan;

Malah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatanyang baik, sudah pasti direbutinya. Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesanan Rasulullah S.A.W sepertimana maksud hadisnya: " Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu:

i) Masa hidup sebelum mati
ii) Masa sihat sebelum sakit
iii) Masa lapang sebelum sibuk
iv) Masa muda sebelum tua
v) Masa kaya sebelum fakir."

Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda:
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

Kesimpulan;

Menghargai  masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.
Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 07, 2017

Pendaftaran Pra Sekolah dan Darjah 1 2018

to mak bapak yg ada anak yg bakal masuk darjah 1 atau pra sekolah t
ahun depan, korang dah daftar anak ke belum??

ha belum???
daftar lekaihhhhh..

aku pun baru daftar ni ha...
hahaha.
sekarang ni semua online yeh.
dulu utk negeri selangor n putrajaya saja katanya, but now se Malaysia dah.
kat Perlis ada sekolah yg masih lagi register manual.
sekolah yg luar bandar la.
blh check dgn sekolah yg kita nak mohon.
kawan aku kata kalau kl, selangor sana, 2 tahun sebelum anak masuk darjah 1 dah kena mohon.
kang anak kena sekolah jauhhhhhhhhhhhhhh ha dari rumah.
Perlis ni sokay sebab sekolah bnyk, pastu takda la jauh pun jarak rumah ngan sekolah.
aku tahun lepas, wat lex wat pis ja tak daftar apa pun.
tahun ni, bila permohonan dah dibuka, maka marilah kita daftar segera.
permohonan ni buka sampai 30 April 2017.
keja2 ni memang mak la yg kena buat kan??

utk daftar klik sini..
then kena register as user dulu, baru boleh proceed.
alah, mudah je pun.
page tu user friendly, no worries.



lepas daftar as new user, klik kat permohonan tahun 1..
masukkan no mykid anak.
pastu, klik kemaskini permohonan..
aku tu kemaskini pulak tadi.
minggu lepas dah isi semua dah.
semlm tukar sekolah.
asal nak sekolah yg 1 lagi, but bapaknya nak sekolah yg dekat skali ni.
aku bukannya tak nak skolah tu, skolah tu pun 1 of the best school dlm Perlis, memang ramai mak pak yg nak anak skolah tu.
dulu, bnyk budak2 dari luar Kangar skolah situ.
now dia limitkan, yg kawasan rumah sekitar Kangar sahaja, yg luar kena interview dulu.
anak2 sedara aku pun sekolah situ, sebab sekentut ja dari rumah.
1km++ je kut.
cumanya, sekolah tu ramai sangat budak.
pastu  tepi jalan, pagi2 oi sesak.
aku nak sekolah yg dekat maktab Perlis tu.
sekolah rendah dlm maktab Perlis.
so, 1st thing is security is terkawal.
tu yg mula2 aku concern.. hahaha
#overprotectivemum
lepas tu sekolah tu budak2 tak ramai, 1 darjah 2 kelas saja.
and now prestasi sekolah tu pun dah naik.
tapi apaknya nakkkkkkkkk sekolah dia dulu jugekkk..
okey okeyyyyy..
nnt tahun depan awak bising, jem masa nak hantar anak, awak hadaplah.
situ ada 3 sekolah dekat2, pagi2 mmg hazabedah..



haa, pastu kliklah kat tab kat atas tu..
isilah maklumat murid, maklumat kesihatan,maklumat penaga, maklumat permohonan tu semua.
maklumat kesihatan tu la azab sket sebab ko kena carik balik buku rekod kesihatan anak yg dulu tu.
sebab kena masukkan maklumat imunisasi anak.
kalau yg anak tak ambik imunisasi, blh skiplah bab ni.
aku memang simpan lagi semua buku merah. buku check up anak.
so, senang lah keja.
maklumat penjaga mcm biasalah, nama mak bapak, maklumat kerja, gaji semua tu.
utk maklumat permohonan, sekolah mana yg ko nak mohon.
dah confirm semua, blh klik kat perakuan.



maklumat kesihatan anak.
ni yg aku tau, aku isilah.
imunisasi lain, entahlah tak tau.
ikut ja yg kat buke check up tu.
aku takda ambik suntikan tambahan ke apa utk Amni dulu.
jenis darah tu tak tau, so tak isi pun.



maklumat sekolah.
kat Perlis, takda daerah, memang 1 je pun.
under Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
pilih jenis sekolah, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, sekolah agama semua ada.
lepas tu pilihlah sekolah mana yg ko nak.
semua nama sekolah kat Perlis ada kat situ.
kawasan rumah aku ni, ada 3 sekolah rendah.
2 tu sekentut ja dari rumah, around 1km++.
dari rumah ada roundbout besar, kiri ada sekolah, kanan pun ada sekolah.
tapi kalau jalan kaki, mengah jugaklah.. heheh.
sekolah Maktab Perlis tu jauh sket, dlm 3km++, but maish dekat la kan?
#untungdudukPerlis
jangan kecam aaaaa.. hahaha



dah setel semua, dah sah isi maklumat yg perlu, klik perakuan.
then kena print 2 perkara kat atas tu ha.
then hantar ke sekolah yg dipohon.
senang je pun..
yg ni nnt keja apak pulak.
malas aku nak panjat sekolah..



selain borang yg diprint tadi, ada jugak dokumen yg kena bawak skali nnt.
so, kena make sure lengkap supaya permohonan tak kena reject yehhh..
ada kawan aku tanya kenapa perlu ada bil utiliti tu?
yes perlu sebab nak sahkan alamat rumah kita.
sebab pembahagian sekolah ikut kawasan tempat tinggal.

maybe minggu depan or hari2 apa yg papa free, minta dia hantar nnt ke sekolah.
kena cepat kang penuh ha kena trasfer sekolah lain pulak..
dah 1 hal nak kena mohon lagi.

ikutkan ni syarat saja.
niat hati aku yg sebenar2nya nak hantar Amni ke sekolah agama.
ada 2 sekolah yg aku nak.
1st, Sekolah Rendah Islam kat Abi sana tu.
sekolah tu dulu under Yayasan Perlis, but now dah bantuan penuh kerajaan.
memang aku nak sangat Amni sekolah agama.
tapi sekolah tu jauh sket dari rumah.
kena keluar dari Kangar.
jauh tu takda la sampai 20km camtu, rasanya dlm 10km je kut.
jauh tu sebab tak sejalan dgn aku or papa dia nak pergi kerja.
kena timbang jugak bab hantar and ambik anak sekolah ni.
kalau papa not around, ha masak la mama kau nnt nak huru hara pagi2 kan?
2nd Sekolah Agama Al-Furqan.
yg tu sekolah swasta, ada yuran bulanan.
tapi masih mampu milik, lagi murah dari yuran Pasti dia sekarang.
sekolah tu mmg sekolah agama betul, pagi2 mengaji dulu, kena hafal hadis, ayat quran semua.
nakkkkkkkkkkkk sangat sekolah tu.
then dekat Jejawi sana ja, tak jauh sgt dr rumah.
nak ke opis aku pun sejalan saja, blk pun mudah nak ambil.
tapi papa tak nak.. 😓
sekolah tu guna modul sama mcm skolah kebangsaan biasa, so oklah.
petang ada kelas agama, wajib terus.
pkul 5 baru leh balik, smayang zohor asar semua kat skolah.
sayang la kalau dia pegi sekolah biasa sebab dia dah 3 tahun kat Pasti kan?
rugilah, dah ada asas agama dari kecik, masuk skolah kebangsaan biasa nnt abaikan je semua.
nak harap mak pak ajar lebih mmg tak sempat.
yuran bulanan tu masih below rm200, so consider murah.
lagipun sekali dgn makan tau yuran tu.
makan pagi, makan tengahari and petang
so, jimat weiii..
kalau tak, belanja hari2 lagi, haa sama ja kosnya kan?
mak ni ha dah timbang pikir dah.
ada ja kawan2 aku yg hantar anak ke situ.
dengar crita diorg, semua ok.
anak balik pun mengaji solat semua tak payah suruh.
seronok dengar tauu...
nnt aku nak pegi daftar sekolah tu jugak.
harap2 papa lembut hati, setuju dgn pilihan aku.
hihi...
hari2 aku mmg duk bgtau benda ni ja kat dia.
moga2 tuhan permudahkan urusan aku.
nak ke jln Allah ni semua..
zaman sekarang kena beratkan ilmu agama kat anak2.
takmo jadi mcm mak pak dia dulu, jahil..
huhu....

so, mana yg belum daftar anak lagi, cepat2 yeh...

Monday, March 06, 2017

Ahad...family time

dari dulu, sejak kawen, pada aku hari Ahad is family time.
aku cukup tak sukalah kalau kena kemana2 pada hari ahad..
kalau kena keja lah.. heheheh..
kalau keluar dgn family, ha sokay..
tapi kalau arahan, kena bertugas, kenalah ikut..
SYMP.. 😉

seboleh bolehnya, hari Ahad aku suka duduk rumah ja.
seriusssss
rumah aku atau rumah mak pak aku.
nak relax2 badan dan jiwa saja.
kalau nak ke mana2, aku prefer Sabtu.
sebab Ahad memang aku nak rehat.
sebelum tahun 2017 ni, sejak kawen, hari Ahad mmg aku balik rumah mak pak aku.
sebab husband keja.
jarang sgt la nak tak balik hari Ahad.

tahun ni, Alhamdulillah, suami dah dapat off day hari sabtu ahad.
sujud syukur sangat.
almost 5 years++ wei.
sejak aku beranakkan Amni, dia kena tukar off day ke hari khamis jumaat.
frust but redho jelah..
nama pun kerja kan?
dah lama aku meroyan bab ni, tahun ni dapat tukar dah.
Alhamdulillah again.
but mcm kepelikan jugak la sementara nak biasa pak incik tu ada kat rumah on weekend.
hehehe..
budak2 suka and bertambah2 mengada.
sabar jelah haku ni..
so now rutin balik rumah mak pak aku kadang berubah lah sejak husband tukar cuti.
tapi tetap balik cumanya selang2.
minggu ni balik, minggu depan tak.
sebab kadang2 dia ada keja nak buat, nak mesin rumput la, nak meracun la nak pegi mana2 yg aku kena ada.

mcm minggu ni tak balik.
sebab sabtu aku dah balik sana dah.
aku ada kelas,  Aniq tinggal ngan tok umi kejap.
habis kelas balik lepak sana dulu.

semlm, lepak rumah saja.
sekarang kan Amni mengaji on weekend, so kalau nak kemana2 kena lepas pkul 11 tunggu dia habis mengaji.
pak incik kata dia nak meracun hari ni.
geram ke pokok and lalang kat belakang rumah tu ha.
kang menjalar lagi bnyk, kut runtuh pagar.
padahal bukan dari kawasan rumah kami pun.
belakang tu tuan tanahnya buat lot rumah kedai then sewakan.
pastu tak terurus sangat, semak samun.
ngeri betoi.
sidai kain duk tengok semak samun tu lah.
laki aku siap pegi mesin rumput, lalang pokok yg semak kat sana tu ha.
pastu meracun skali sebab semak.
kang ada apa2, ha rumah kami la yg kena. diorg selamat..
takpelah, doa yg baik2 moga takda apa2..

bila semua ada kat rumah, mak  ni ha masak la best2 sket on sunday.
sebelum ni balik rumah mak, so mak masak..
hari ni bini ni ha masak.
seminggu ni tak masuk dapur pun, beli ja utk dinner.
mcm2 hal, letih la tak sempat la, so beli jelah..



meriah jugak ni.
kalau weekdays, memang 1 lauk jelah.. huhu..
weekend, kita kasik meriah sket.
pesan papa beli ikan masa dia pergi jemput Amni.
lama kut tak makan ikan sejak mahal nauuuuuuuuuuu ikan.
asyik mkn ayam, oi jemu...

sayur campur masak lemak.
feveret semua yg senang nak mati nak buatnya ha.
aku lebur ja semua tak payah nak tumis2 bagai.
mula2 didihkan santan+air, pastu campak sayur yg keras dulu and fishcake tu.
dah mendidih, masuk garam+gula and sayur yg lembut pulak.
rasa, dah ok, siap.
cair je aku buat tu sebab santan sikit, but sokay ja.
budak2 suka mkn kuah, sayur tu aku la makan.
nak guna sayur apa pun bule, nak taruk udang, ayam telur semua boleh.
pandai2 lah edjas.
serius senang, cepat dan sedap dap.
then goreng ikan kembong, lawan dgn sambal belacan.
pastu ada hati lembu goreng kunyit.
pesan ke papa suruh beli skali pagi tadi.
teringin pulak.
uhuhu..



paling win!
sedap woh...
bertambah makan nasi aku hari ni..
kena pulak letih kemas rumah kan?
hehehe...
blend bawang merah+bawang putih+halia pastu tumis.
dah garing masuk hati yg digaul garam kunyit.
kacau2, dah kering masuk air sket.
pastu campak kentang, optional.
masuk air asam jawa sket, gula, cili besar and bawang besar or bawang holland.
dah kering, rasa, siap.
senang je pun.

budak2 makan bertambah, mak pak pun sama.
sesekali jumpa ikan goreng,haaa bertambah nasi oi.
kenyang mkn, pakat2 tidor.
nak2 pulak hujan, uii nikmat.

tapi mak ni ha tak tidor..
mcm2 keja lagi nak buat oii..

so, setel Ahad kami..
ahad korang camna?




Thursday, March 02, 2017

Bekam Sunnah

dah lama teringin nak berbekam.
sebab bnyk kebaikan bekam ni.
tapi takuit..
hahahaha..

bulan 1 hari tu, rasa mcm eh jomlah nak bekam jugak.
kena try jugak ni.
kawan aku, 1st time try bekam and crita tak sakit pun.
best, badan ringan ja lepas bekam.
so, jomlah kita cuba.

kebetulan tu sebab tempat bekam tu kat area Changloon, tak  jauh dari opis aku.
buka pada hari Jumaat, tu salah 1 faktornya yg aku suka.
hehe.
jumaat kan rehat lunch lama, so jom kita buat appointment.
ambik no phone kat kawan aku tu, then whatapps utk buat appointment.
opismate aku, Siti pun nak join.
so moh le kita..



kebaikan berbekam.
sekarang ni dah banyak pusat bekam yg ada kan?
sebelum pergi tu tanya org dulu mcm mana.
utk keselamatan dan kebersihan kita juga.
so far tempat yg aku pergi ni, ok.
islamic lagi...
tengok tempat pun bersih, alatan pun bersih.
ada tempat bekam, tak cuci yeh cawan tu..
hati2 okeh..
oh, nama akak yg buat ni Kak Gee.
kalau patient lelaki, suami dia yg buat.
dia buat kat rumah,ada bilik khas and selesa.
1 bilik, boleh buat 2 org.
hari tu, dia dan anaknya yg serve kami.
sebelum start siap baca doa dulu..
masa buat tu pun pasang ayat2 al-quran, tenang ja rasa.
aku takut gak kut2 sakit. huhu..
so far ok, tak sakit pun.
geli ja masa cucuk2 jarum kecik tu.
serius tak sakit.



aku buat bekam badan.
16 cup kat belakang.
belakang badan, pinggang, kaki semua.
pastu buat jugak bekam muka.

Bekam badan 16 cup = RM60
Bekam muka 6 cup = RM40.
so total hari tu RM100.
proses dlm 1 jam.

Kak Gee pesan, makan siap2 sejam sebelum berbekam.
waktu yg elok berbekam ialah tghr sebab darah kita panas.
sebelum cucuk jarum, dia akan sapu minyak dlu kat belakang utk lembutkan kulit kut.
wangi je bau minyak tu.
pastu mula proses bekam.
ada 3 round.
1st round, dlm 10 minit camtu.
pastu buka cup, cuci darah then sapu minyak lagi.
pastu cucuk, then pasang cup balik.
ulang2 step tu.
utk bekam muka, sama juga.
aku pesan jgn depan sgt kat nmpk pulak kesan bekam tu.
so, dia buat kat depan telinga, atas dahi dan dagu.
bila pakai tudung tak nampak la kan?
hehehe..

darah yg kluar bnyk wohh.
terkejut gak la aku.
darah merah pekat dan berlendir sket.
ada org keluar darah hitam tau..
kalau bnyk penyakit, ha lagi lahh.
aku ni takda penyakit apa pun, saja berbekam utk kesihatan.
duk letih2, lenguh2 badan kan, so cubalah.
kat bahagian pinggang and kaki, tak bnyk darah yg keluar tapi angin.
kalau angin, cup tu nnt berwap putih.
kawan aku tu, bnyk angin yg keluar dr darah.
aku bnyk darah dr angin.
paling bnyk kat sebelah telinga and leher.
dekat telinga katanya urat stress.
stress sangat ke kau kak yah..
hahahahah.

lepas bekam, badan rasa ringan.
best..
kesan bekam tu, 2-3 hari hilang la
depends on jenis kulit la jugak.
ada org kejap ja dah hilang.
aku makan 3-4 hari jugak baru hilang betul.
but sokay, bukan nampak pun kan?
Amni punyalah takut tengok kesan tu.
aku cakap hantu gigit mama, menangis2 dia.. hahaha.
kawan aku tu asyik kentut2 lepas bekam.
bagus la kan, buang angin..

Kak Gee kata kalau yg ada penyakit (kena tgk jenis penyakit) blh buat sebulan sekali.
kalau yg takda apa, buleh buat 3 bulan sekali or 6 bulan sekali.
org yg ada penyakit gout, artritis, lenguh2 badan bagus buat bekam katanya.
ada sorang pompuan tu dtg, katanya dah beberapa kali gugur.
muka pun pucat, badan tak kuat.
so dia buat bekam beberapa kali, and lebih sihat.
bagi yg ada resdung pun disaran buat bekam.

apa pun, kita usaha, selebihnya serah kepadaNya..
dengan izinNya apa jua penyakit boleh sembuh kan?
lagipun ini salah 1 sunnah Nabi kita..

bgtau ke mak aku, kemain dia risau.
kang pitam camna?
darah tu buang mana?
hahahah.
takdanya nak pitam tok umi oii..
bukan mcm derma darah tu, sampai 1 beg keluar.
ni kluar sket2 ja, lap pakai tisu ja pun.
takda la sampai meleleh2 darah tu..
sebab tu buat 3 round, 1 round dlm 10 minit ja.
kalau terus setengah jam sekali buat, silap2 penuh cup tu dgn darah..



selepas sehari..
tak terang sgt dah, tapi kat belakang tu terang la kesannya.
utk muka, cup kecik saja.
kat badan cup besar sket..
husband tgk, dia pun teringin.
dia pun jenis angin bnyk dlm badan.
nnt boleh pergi sekali.

korang pernah berbekam?
jom sama2 buat amalan sunnah..
utk kesihatan kita..

Wednesday, March 01, 2017

Info : Perlis Marathon 2017

kepada peminat marathon, yg aktif, suka bersenam, berlari...
jom join Perlis Marathon 2017..
program on 30 April 2017
pendaftaran dah dibuka..
daftar cepat, lambat kang diorg tutup, haaaa rugi.
klik sini utk daftar..

https://mro.myraceonline.com/perm17/Registrations

kak yah dah register.
jangan main2 tauuuuuuuuuuuuuu.. 😝
hahahah..

ala, saja suka2..
run for fun gittew..
ambik kategori yg paling sikit, 5km.
kalau 10km, silap2 ada yg merangkak balik nnt.
kikiki..

program ni terbuka utk seluruh rakyat Malaysia.
tahun lepas dah ada, ramai gila org.
tapi aku tak sempat join.
tahun ni nak more active, to more healthy life..
then slow2, kita join program yg ada..

jom, pakat2 join sama2..
😎😎

Monday, February 27, 2017

Sayang anak tinggal tinggalkan...

saja nak cerita kisah mak2..
bebel pagi2..

minggu lepas aku pegi KL.
unplanned sebab nak menzirah mak sedara aku sakit.
kanser, stage 4.
dah lama dia struggle, dah kimo segala bagai, tapi kami sedara mara kat sini tak tahu.
sebab diorg mmg tak bgtau.
last week dia tiba2 kena sawan then kena admit kat Institut Kanser Negara sebab hospital tak boleh handle.
rupanya dah naik ke kepala kanser tu.
Allahuakbar...
agak serius, so paksu aku tu call bgtau abang2 and kakak2 dia.
paksu is adik bongsu abah aku.
tak berapa rapat sebab dia kat Semenyih sana.
tapi diorg sefamily baik sgt.
walau jauh setahun tu ada la jumpa 2-3 kali camtu.
so bila tau keadaan maksu, semua di sini nak ke sana nak menziarah.
aku pun laju2 apply cuti on Friday.

mak sedara yg sorang pegi awal sket, hari Rabu.
kami pergi hari Jumaat.
kami berenam, aku, adik aku, Amni, mak aku and 2 lagi mak sedara.
Aniq aku tak bawa, tinggal dengan papa dia.
topik hari ni, pasal tinggal anak ni ha..
saja nak share pendapat aku la.
yg tak setuju, sokay..
masing2 ada pendapat dan cara masing2 kan?

bila tau maksu kena admit kat IKN, then plan nak pegi pun last minit, so aku decide tak nak bawa Aniq.
Amni ok, aku bawa.
takkan dua2 nak tinggal ke papa, mau ada yg terbalik rumah nnt.
hahaha.
pegi tu 3 hari 2 malam, Jumaat sampai Ahad.
diskus dgn papa, dia pun tak bagi bawa Aniq, tinggal dgn dia jelah.
ralat jugak, rasa nak bawa dia sama.
tapi kalau bawa dia papa kena ikut.
masa pegi tu belum gaji, nak naik ETS, so kena pikir modal jugak la kan?
papa pun kata makan modai jugak ni kalau ramai. hihi..
mak aku kata ok ja sebab ramai yg pegi ni, blh tenggok2 kan Aniq.
aku mcm ermmmmmmmmmmmmmmmm....
kena papa ada sebab papa sado leh ligan Aniq.
hahaha.
papa dia jenis dukung Aniq kalau pegi mana2, biar lenguh tak pa dari nak kena kejar Aniq sana sini.
sebab budak tu mana la nak duk diam.
diam dia dlm 15 minit awal ja sebab nak buat kajian dulu.
dah setel usha2, ha siap laaaaa.
dah nak pegi naik ETS, aku rasa kang dia dk tawaf dalam tu, mampoih nak ligan.
papa takda, aku la jadi mangsa nnt.
lagipun nak pegi bukan nak seronok2, nak  menziarah org sakit.
bukan kat hospital biasa, tapi kat Institut Kanser Negara nu.
yg dah sah2 tau budak kecik takleh masuk.
then, how about Amni?
sokay la dia dah besar sket, dah senang nak handle, dah dengar cakap kan?
blh gilir2 tengok dia dgn adik or mak aku.

ada la yg tanya kenapa tak bawa Aniq sama hari tu.
kesian dia kena tinggal..
rasanya kalau bawak pun kesian jugak.
sebab bukan pegi seronok2, tapi nak pegi tgk org sakit kat hospital.
lagipun pegi kejap ja, kang dia pun sama letih duk ulang alik.
aku pun dah pikir begitu begini dah sebelum buat keputusan tu.
kalau anak yg dah biasa travel lain lah kan?
kang pegi sekejap mcm tu, pastu duk ulang alik bagai, sudahnya demam ke apa, susah jugak.
balik tu nnt aku masuk keja dah.
Aniq mcm mudah demam jugak compare to Amni.
sudahnya yg terbaik is tinggal dia dgn papa.
lagipun duk dgn apak dia kan, bukan dgn org lain.




2 ketoi kesayangan mama papa.
harta dunia akhirat ni..

nak buat apa2 kena pikir panjang kesan ke anak2.
aku ni sejak dapat Amni agak paranoid bab nak bawa anak ke mana2.
Amni dlu beranak tak cukup bulan, so bertambah2 la paranaoid kan?
hahaha. doc pun pesan kena jaga lebih sebab takut antibodi dia tak kuat.
percaya tak, aku tak pernah bawa dia pergi pasar mlm dari dia baby sampai umor setahun?
kalau pegi pun, sorang turun beli barang sorang pegang anak dlm kereta.
nak bawa masuk pasar mlm, mmg tak.
serius!
sebab kat situ, mcm2 org ada, mcm2 asap ada, then macam2 lah..
tak bagus utk baby, so tak payah la.
sometimes aku tgk ada ja parents yg bawak baby duk merah lagi p pasar mlm.
adoii sedih wei.
tiba2 ada org hembus asap rokok suka2 hati, pastu asap masakan mcm2 tu.
kena ke anak, aku tak bule laaaa.
tapi kalau korang ok, sokay, but not me.
sampai sekarang, sangat jarang aku bawak anak2 pegi pasar malam.
kalau ada pun Amni jelah sebab balik keja terus singgah pasar malam beli barang.
kalau bawak dua2 pun, pegi beli laju2, then balik.
sesaja nak pegi pasar mlm bawak anak jalan2, memang tak sesekali.
tempat lain blh lagi la, kalau pasar malam, hmmmm.
sebab aku pun tak suka nak jalan2 kat pasar malam tu.
kalau pegi, beli barang laju2, pastu dah.
aku paling tak suka part org yg pegi pasar mlm, sambil jln kat dalam tu sambil isap rokok.
rasa nak lempang sekor2.
org punya ramai duk bersesak, depa rilex ja hembus rokok kiri kanan.
stupid!!

mak pak aku pun ulang2 pesan tak bagi dedahkan anak ke luar sgt masa dia baby.
dulu nak pegi mana2 Amni aku tinggal ke mak aku.
nak pegi beli barang ke apa camtu la, tinggalkan sekejap.
abah aku pun marah kalau bawak anak pegi jalan2 kat mana2, panas ke apa.
tinggal sini anak tu, hampa p la jalan.
gittewwww..
tapi aku takda la selalu tinggalkan anak nak pegi jalan2 tu.
aku bukan jenis suka berjalan sgt pun, duk rumah ja.
kalau ada hal je baru pegi, kalau tak lepak rumah ja pun.
sebulan sekali nak keluar jalan2 pun jarang aku ni.
serius aku malas.
sekali sekala tu ok la, kalau every weekend mmg  tak la.
malas nak dedahkan anak kecik keluar sgt.
kang panas, pastu nak kalut2 handle anak, oi tak rajin..
hahaha.
kalau pegi shopping mall ok la tak panas kan?
tempat lain pun blh ja, cuma kalau baby kecik lagi tu kalau boleh tak payah la.
kesian ok.
ada mak pak yg mcm rilex ja bawak baby pegi pasar malam, pegi pantai la, zoo la..
panas weiii kesian anak.
baby kecik mana tau nak bgtau panas ke tak selesa ke hapa.
mak pak beriya syok jalan, pastu nnt balik anak demam la menangis ke apa..
kesian.

kadang lepas pantang, ha dah bawak baby pegi jalan jauh2.
travel sana sini.
org lain maybe ok, but aku tak.
dah 2 anak, mmg tak bawak kemana2 sampai diorg besar, setahun camtu.
bila diorg dah reti main la kiranya.
sebab nak diorg selesa.
sementara diorg nak biasakan diri kat dunia ni, then kita pulak bawak diorg travel jauh2.
nak biasakan diri dengan cuaca, suasana semua tu.
bila diorg tak selesa, menangis la.
pastu mak pak pulak stress anak menangis.
anak2 aku travel pun pegi umah baby sitter, pegi umah mak pak aku or sedara ja.
sangat jarang aku nak bawak pegi mana2 masa diorg baby.
dah hampir setahun tu ha ok la, dah besar sket.

dulu masa Amni umor 4 bulan kut ada jemputan kenduri kat Sungai Petani.
aku dah ehh macam mana ni nak pegi ke tak..
sebab kenangkan dia kecik lagi. risau gak la nak bawak pegi travel jauh kan?
takda la jauh sgt, dlm 2jam ++ camtu, the pegi balik hari ja.
mmg la duduk dlm kreta ja, then sampai rumah kenduri.
sudahnya sehari sebelum kenduri aku demam, so tak dapat pergi.
huhu..
kalau jemputan kenduri, sesuai dgn keadaan dan baby tu sendiri, ok la nak pegi kan?
lagipun nak jumpa sedara mara, blh jugak diorg tgk anak kita.
kalau sesaja nak g jenjalan tu, tak kut..



cik kembong yg selalu buat mama urut dada.
dengan Aniq lagilah jarang bawak dia keluar kalau tak cukup korum iaitu papa.
masa Amni around 2-3 tahun tu, kadang2 ada jugak kami keluar jalan2 berdua.
walau dia kecik lagi, tapi dia senang nak handle.
kadang g mkn kepsi berdua, g jalan2 kat kedai ngan dia bila boring2 masa papa takda.
tu pun tak selalu sebab aku tak nak biasakan sgt keluar jln2 ni.
kang asyik ajak keluar haa menjawab kau.
dengan Aniq tak boleh buat camtu.
nak dating berdua or bertiga dengan kakak dia, mmg mak surrender.
kalau ada papa ok.. kalau tak duduk rumah sudah.
dia ni aktif sket.. well, baby boy kan?

tak salah bawak anak keluar, sebab nak kenal kan diaorg dgn dunia luar.
nak bergaul.
tak salah.
salahnya kalau salah tempat and masa ja.. heheh.
aku pun selalu jugak bawak diorg pegi playground petang2.
tapi takda la selalu.
cumanya biar kena masa dan tempat.
anak ni kalau kita kurung dlm rumah pun tak bagus jugak.
kena biar diorg main, explore dunia luar.
kalau balik rumah mak bapak aku, ha memang duk berlari kat luar ja.
kadang main batu la tanah la.
tapi pastu, basuh la, mandi bersih2.
janganlah sampai anak duk berjemur tengah panas pulak kan?

ni pendapat dan cara aku lah.
org lain mungkin lain caranya..
budak2 ni kalau dapat keluar sekali sekala wahhhhh seronotttt.
tapi main kat rumah pun diorg enjoy ja.
banyak ja mainan and ada ja aktiviti yg blh buat.
Amni pun tak da nak ajak keluar hari2 pegi jalan2 ke apa.
sebab aku tak biasakan.
ada ja anak kawan aku yg anak dia tak suka duduk rumah.
asyik ajak keluar, sebab dah biasa keluar tiap minggu.
sudahnya, mak takleh lepak rumah lama2.
hahaha..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...