Monday, November 05, 2012

Bule buka butik tudung dah

rasanya smua perempuan yg bertudung punya masalah seperti aku. iaitu, tudung banyak, xtau cemana nak simpan..  dlu2 masa zaman tudung bawal, xdak hal. lepas basuh, biar duk bertapa dlm bakul, xlipat seminggu apa ada hal. nak pakai kang, berpeluh ketiak nak gosok.

now, dah masuk zaman tudung awning2 bagai. sangat bagus sebab senang nak pakai. sapa la yg cipta tudung ni ye dok? xtgk cermin, main agak2 pun bule. xpayah dah duk  hembus2 bg awning terbentuk baek punya. dlu bl pakai tudung, beriya hembus nak bg awning xkemek. hembus punya hembus, tudung gitu jugak, lubang hidung yg kembang masuk angin.
bl dah ada tudung awning, huii, senang banyak oih.. pagi2 xpayah nak kelam kabut gosok2 tudung, nak belek2 depan cermin berjam2. sambil bwk kreta pun bule pakai tudung. hamboih, punya nak bgtau senang pakai tudung skang ni kan? tudung2 bawal aku yg liplap tu smua now dah masuk kotak. nak pakai pun dah reti nak lipat dah.. hehe

tapi tudung awning ni ada sedikit leceh bl nak simpan. klau duk buat perangai duk keronyok dlm raga, mmg jahanam la. bl awning dah patah, nak betulkan balik, bukan semudah nak betulkan awning umah ye. ni ketuk dgn penukul besi pun xjalan. lain la klau ko beli tudung cap ariani. tapi mahal cemana pun mengkalau awning patah, mmg xdak maknanya..


pakai tudung awning ni, kena rajin dr segi penyimpanan pulak. take times di disitu sebab masa utk pakai dah jadi singkat. dlu2, zaman xdak anak, pas basuh, gulung cantik2, masuk dlm laci. bl nak pakai, kena buka n iron pulak. pas beranak, beli hanger bulat2 tuh. sangkut cenggini. jimat masa nak carik. tapi xpraktikal sgt sebab tetap kedut. kena iron jugak. sangkut gini, nampak semak pun ye jugak. habis smua pintu aku letak hanger bulat2 tuh. klau aku yg buka pintu, berhemat sket. klau laki aku, main tolak jek. dah awning tudung terpenyek kat dinding. kemek..

kena carik solution lain. punya la susah, padahal nak simpan tudung jek. nak cari cara yg praktikal, jimat masa n tenaga. praktikal dr segi nak simpan, jimat masa sebab xpayah nak iron bl nak pakai and jimat masa nak cari tudung yg  match dgn baju.. jimat tenaga also.. kan?



tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... beli hanger kecik2 dr butik kwn aku. dia lelong 1 limaplohsen. so, beli banyak2, then hangerkan begini.. kemas kan?
tapi xberapa nak praktikal sebab makan masa jugak masa nak simpan and nak ambil bila nak pakai. tapi ok la, sebab jimat masa xpayah nak iron! and yg penting awning terjaga rapi. ceewahh..

now, sedang mencari solusi lagi utk tudung2 nih. hari tu kak ipar aku ada tag kat FB hanger stail kepit tu. praktikal gak yg tu. tapi mahal le pulak. kat perlis ni xdak jual lagi. usha2 dlu, nnt leh beli. kena jimat space sket. kang penuh bilik dgn tudung jek. sket lagi bule buka butik tudung dah.. tapi iolls beli tudung murah2 je.. cap pasar mlm je uolls.. xmampu eh nak beli ariani bagai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...