Wednesday, January 21, 2015

Tudung




bulan lepas, kemas2 gobok.
kemas part tudung.
dah lama nak buat asyik la bertangguh.
sebabnya, banyak la hai tudung aku.
kena kemas sebab banyak, sesak dah.
lagipun, bnyk yg tak pakai dah pun.
bnyk yg tak pakai dan tak leh pakai.
tudung ada awning ni tau jelah.
klau kerap pakai, kerap basuh, cepat la rosak awning tu.
tu yg leceh.
senang pakai tp cepat gak rosaknya.
ada la yg tahan.
klau jarang2 pakai, jarang2 basuh, setahun 2 tu awning ok lagi walau sedikit lembik dah.
klau kerap pakai, setahun cukup.
kadang sayang la jugak sebab tudung elok lagi, tapi awning dah kemek2.
lagipun beli tudung yg murah2 je so, tak la expect tudung tu nak bertahan sampai bertahun kan?

so, mana2 tudung yg awning dah lembik2 tu aku simpan jelah.
boleh je nak tukar awning.
tak mahal sgt pun dlm rm10-rm15 camtu.
tapi klau tudung tu elok lagi, berbaloi la nak tukar awning.
klau tudung pun dah lusuh, tak payah la kut.

lagi 1, tudung yg singkat2 tu pun aku simpan je.
ada aku bg adik aku jugak.
adik yg last tu now form 2.
dia ok la pakai tudung saiz m.
tapi budak2 remaja, mana mau pakai tudung ada awning.
kadang2 je dia pakai.
klau nak keluar dia prefer shawl or tudung bawal.
budak2 klau pakai tudung awning tak trendy la kan?
hehe..
yg singkat2 aku simpan.
rasa mcm la ni tak sesuai dah kut nak pakai tudung paras dada je.
selain dari badan dah ngemok, mcm tak elok nak pakai tudung singkat.
kena buat perubahan sket la kut.
seiring dengan usia kan?
kita prefer yg labuh, yg melepasi dada.

maaf cakap klau ada yg terasa eh.
pada aku, klau kita ni badan agak besar, dada pun besau, klau boleh elakkan la tudung singkat.
tudung lagi atas dari tetek.
aiyaa..
not nice.
dari jauh nampak.
hehehe..
maaf eh. ni pandangan aku.
klau tak biasa nak labuh meleret, takpe.
cumanya biarlah lepas dada tu sket.
tak susah pun.
aku sendri rasa tak selesa bila tudung singkat.
klau org tu kurus, tudung singkat takda nampak pelik sgt.
cumanya klau dada lebar tu, pelik jugak la.
taktau lah.. ni pandangan aku.
sory klau ada yg tak suka.

aku pun skang ni cuba utk labuh2kan tudung.
idok le labuh sampai ke punggong pun.
tengok org pakai nmpk elok je, sendri nak pakai mcm tak boleh.
sementara nak biasa kan?
takda la labuh sgt aku pakai.
klau dlu size M, now pakai size L.
later2, kut boleh pakai saiz XL.
Islam pun menuntut kita melabuhkan tudung, menutup dada.
ada sebabnya..
mula2 mcm tak biasa.
lama2 Insyallah ok.
aku pun takda la labuh sgt pun.
cuba utk labuh sket dari dlu.
klau pakai tudung bawal tu, edjas2 bagi tutup dada sket.
klau pakai shawl, senang nak edjas.
cumanya bila pakai shawl ni renyah sket la nak pin bagai.

klau niat kita baik, Insyallah kita akan ok.
memang susah nak buat perubahan ke arah kebaikan.
tapi at least, kita cuba kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...