Wednesday, April 08, 2015

Kenali jenis portable socket (extension plug) yg digunakan

klau sebut portable socket, mungkin yg tak paham apa ke benda la tuuu.
sebab kita selalu sebut, extension plug.
kan?
ke aku sorang je sebut mcm tu?
*krik krik krik*
hahahahaha..

atau jugak dikenali sebagai extension cord.
korang panggil apa?

apa dia tuuuuuuuuu?
ni haaaa..



plug tambahan.
rasanya semua rumah harus ada benda alah ni kan?
cumanya, kita tau tak cara guna tu.

cara nak guna, senang jelah kan?
sambung  ke plug elektrik, pastu on kan.
pastu sambung ke alatan elektrik yg lain.

yg aku nak share disini is..... jenis2nya..
sebelum2 ni, aku pun tak tau sgt.
but now, aku tau and aku nak share ngan korang smua.
extension plug ni ada mcm2 jenis kan?
mcm2 brand, mcm2 bentuk.
ada yg wayarnya 2meter, 3meter dan 5meter.
ada outlet 3,4 dan 5.
ada yg mahal ada yg murah.
dulu aku tak beli yg mahal sgt, aku bli yg sedang2 je.
korang tau tak kenapa ia mahal dan murah selain jenama dan kelebihan like berapa plug yg ada or panjang wayarnya?
sebabnya, kegunaanya adalah berbeza..

meh tgk sini..


yg aku beli baru2 ni.
utk setiap barang elektrik yg kita guna, kuasanya tak sama.
klau tgk kat gambar tu, contoh yg diberi smuanya berbeza watt dan amp tu.
so, masa beli extension plug ni, baiknya korang tau nak guna utk apa.
peralatan elektrik apa yg nak disambung ke extension ni.
sebab setiap 1 barang tu berbeza kuasanya dan extension plug pun berbeza kuasanya.
dalam bahasa mudahnya, extension plug yg murah sket, utk barang elektrik yg tak tinggi wattnya.
kalau yg mahal sket, utk alatan elektrik yg tinggi wattnya.
korang kena tgk berapa amp yg boleh digunakan pada extension plug yg nak dibeli.
nak mudah, beli benda alah ni kat kedai hardware.
kalau beli kat supermarket, kadang2 kita main sauk je, tak tau pun napa mahal, napa murah.
kalau ada sales person around, boleh la tanya.
kalau takda, nasib la.
kalau beli kat kedai hardware, boleh tanya terus..
berapa banyak kalau daaaaa..

kalau tgk kat gambar tu, utk kipas berdiri tu, cuma 75watt.
tv 42inc 115w.
rendah je kan?
so boleh pakai extension plug biasa.
utk kettel, 2000w.
iron, 750w.
so, kena guna extension plug yg tinggi sket kuasanya.
paham dok?

selalunya extension plug yg tinggi amp ni, mahal sket.
yg ni aku beli rm30.
kalau yg rendah amp. boleh dapat dlm harga aroung rm15-rm20 je.
masa nak bli, tokey kedai tanya siap nak guna utk apa.
aku cakap nak letak kat dapur, nak guna pada kettel, blender, toaster bagai.
so, kena bli yg ni dia kata, takleh beli yg biasa.
so, aku pun tanya bla bla bla bla.
and dapat pengetahuan baru.
balik beriya cita kat laki yg mmg sedia tau pastu gelakkan bini yg tak tau ni.
+__+
seb baik dia kata, klau tak kang cair pulak wayar tu.
silap2 bule jadi litar pintas ooooo..

ok, tips.
kalaulah korang takda extension plug yg ampnya tinggi, nasihat aku mudah je.
at 1 time, jgn la korang cucuk smua lubang yg ada and on kan kesemuanya.
korang iron baju, korang tgk tv, korang masak air and smua tu dari extension plug yg sama.
boleh cair segala kabel dlm tu sebab panas.
guna satu per satu utk elakkan litar pintas or meletop terus.
bhahaha..
eh, ni serius eh.
tak ramai yg paham konsep ni, main cucuk je smua.
selalu dah kut aku tgk mcm tu.
1 je extension plug, ada 4 lubang, smua cucuk and on.
kalau smua on kipas je takpe la.
klau on iron, tv, haaa, menjawabbbbbbbbbbbbbbbb..
tai sebolehnya, beli jelah yg amp tinggi sket, senang cita.
tak mahal sgt, tak sampai ratus2 pun.
utk lebih selamat.
jgn  buat main dengan elektrik ni kan?




aku beli yg wayarnya 5meter terus.
senang keja, lebih panjang sket tak pe.
cari yg 2 port je takda, smua 3 dan 5.
takpe lah lebih pun dari tak cukup.
ada lampu indicator kaler merah utk kita tgk pulg on ke off.



mahal ke murah ke, paling penting ada cop sirim eh..
takda cop sirim, jangan beli.
silap2 tiruan, guna barang ntah apa2, guna sekali 2, meletoppp.
cakap pun tak guna dah.

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...