Wednesday, November 23, 2016

Majlis Konvokesyen Pasti Perlis

seminggu 2 lepas, penuh la kat wall FB mak pak pakat share konvokesyen anak.
tadika, pasti, pra sekolah bagai.
musim tu  kan?
minggu ni share hari anugerah kecemerlangan pulak.
biasalah dah hujung tahun gitu dah la..
meriah betul..

konvokesyen Amni last 2 weeks.
tahun lepas takda sebab dia 4 tahun.
thn ni dah 5 tahun, so adalah.
tapi cikgu kata kalau ada hal, sokay kalau tak blh hadir.
takpelah, mama gagahkan juga utk kakak.
hantar Aniq ke adik aku, then kami berdua ja pergi.
papa kerja..
majlis hari sabtu.
lokasi di Dewan Pusat Kraftangan Kuala Perlis.

Amni kena sidang 1, pkul 8.30 pagi.
ngam2 pkul 8.30 kami sampai.
org dah ramai dah.
kawasan tu tak la besar sgt, parking pun terhad, tapi blh ja parking kat luar, kat tepi jalan.
beratur daftar kehadiran and ambik jubah.
pastu masuk dewan.

anak2 duduk depan ikut Pasti diorg.
sidang pagi utk Pasti kawasan Kangar dan Jejawi.
kalau tak silap ada  dlm 6 Pasti kut.
budak2 ramai, mak bapak laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi ramai.
separuh dewan penuh dgn mak pak je.
hahaha..
biasalah, mestilah semua nak tgk anak dia kan?

Pkul 9 camtu majlis start.
ucapan pengarah Pasti Perlis, pastu ada pelajar Pasti mana ntah baca al-quran.
utk tahun ni, diorg nak ringkaskan majlis.
yg naik pentas cuma best student setiap Pasti saja, tak naik semua.
maybe nak cut it short sebab ramai oiiiii..
budak2 yg lain tak naik pentas ambik one by one pun.
last, naik pentas ambil gambar ramai2 ja.
pada aku, ok la jugak sbb Amni baru 5 tahun, tahun depan ada lagi kan?
tapi ada mak pak yg komplen.
sebab nak tgk anak diorg naik pentas..
entah lahhhh..

lepas ambil gambar ramai2 dgn cikgu, selesailah majlis.
pulang jubah, dah blh balik.
pkul 10.30 dah setel.
ringkas..
pada aku senang jugak gini.
lama2 duk situ pun rimas sebab mcm sesak, tak terkawal.
budak2 ramai,  mak pak pun ramai.
yg bawak anak kecik pun ramai.
cikgu2 pun tak sempat nak tgk semua.
dewan pun tak besar mana.
habis sidang 1, sidang 2 pulak, Pasti kawasan lain pulak nak masuk.
sampai petang baru habis, cuma tak sure pkul berapa.
kesian cikgu2 la, tak berhenti buat kerja.
makan pun aku tgk gilir2 and laju2..
gambar sorang2 cikgu dah arrange kat pasti masing2.
so nanti ada ja gambar anak konvo, cuma takda gambar atas pentas jelah.
ok ja pada aku..
tak payah menrenyah banyak2..
hahaha..

jom layan gambar.
ada la ambik gambar sket, sebab pastu hp bateri kong.
mujur sempat gak ambik awal tu..



kat photobooth.
masa ni org tak penuh dewan lagi.
sempat la pose sket.
kemain kasut bertutup siap stokin budak ni.
mcm kan konvo master dah.. hahaa
bila dah hantar Amni ke depan, aku pun dah ambik tempat baru nmpk cikgu datang letak topi.
nak bangun pegi pulak dah malas.
nak cari Amni, nak pose pun jadi susah sebab org dah penuh sampai belakang.
nak jalan pun mcm sempit.
dah bgn kang, org lain ambik tempat aku, haaa padan muka.
tak pelah kak, tunggu gambar dr cikgu jelah nnt.

cantik jubah pasti dia.
kaler jubah ikut pasti, ada merah, hijau, biru..
mcm2.. ada yg lawa ada yg biasa2 ja.



gambar ramai2 dgn kawan2 dia.
campur skali 5 dan 6 tahun.
tapi ada ja yg tak hadir, so tak ramai la ni.
cikgu pun 4 org ja yg ada tu.
the rest maybe bertugas kat luar.
kemain budak ni sengih, pose senget2 kepala.
bagus nak..
make sure awak paling cun dlm gambar nnt.
org lain takpe..
hahahaha...


nak turun tu, panggil cikgu jap.
ni cikgu kelas dia merangkap cikgu kesayangan.
cikgu Ummu..
dh cikgu kelas, mmg nama cikgu ni jelah yg duk dgr hari.
lemah lembut ja cikgu pun, mana lah anak murid tak sayang kan?
tahun depan naik 6 tahun duduk dgn cikgu lain pulak.

tu jelah gambar yg ada.
gambar dgn mama ada, tapi sebab tak berapa elok, tak pyh share la.
hahahaha.
selfie sendri, senget benget pulak nampak.
takpelah tgk Amni jelah ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...