Friday, November 24, 2017

Alam Ria Pasti 2017

cerita throwback lagi.

tahun ni Pasti Malaysia ada program Alam Ria Pasti.
bermula peringkat kawasan, negeri dan kebangsaan.
kalau negeri lain ada peringkat daerah la kut.
Perlis setakat kawasan, tu pun 3 kawasan saja.

Pasti Amni kawasan Kangar.
dekat Kangar kalau tak silap ada 6 ke 7 pasti entah.
tak sure.
Pasti dia masuk pertandingan kalam jamaei (pidato bahasa arab) dan azan kalau tak silap aku.
Amni dipilih masuk juga utk kalam jamaei tu.
so, mak pun hadap la hari2 dia balik berlatih kat rumah.
kagum sebab panjang juga diorg punya ayat yg kena hafal dlm bahasa Arab.
siap gaya semua lah.
kagum la kami laki bini dengar dia duk berlatih kat rumah.
support la mak pak ni walau tak faham sepatah apa pun. hahaha..

hari kejadian adalah lupa bila tarikhnya.
sebab dah lama. hahaha..
hari Sabtu, pagi.
aku pergi berdua ja dgn Amni. Aniq minta adik aku jagakan.
tak kuasa nak bawak kang tak larat nak kepung pulak ramai2 tu.



kemain dia..
baju and kain mak pak kena beli. baju putih, pasni blh pakai sekolah. kain tu kain hitam. tudung cikgu sponsor. vest dari skolah dia.
aksesori cikgu2 yg buatkan.


mujurlah tak bawak Aniq.. ramai oi org.
budak2, mak pak, cikgu2..
naseb baik la dewan tu tak panas sangat, kalau tak, lagi lah...

aku ada rakam video diorg buat persembahan.
serius kagum sebab 7 minit kut diorg hafal ayat dlm bahasa arab. bukan mudah oi.
panjang, siap gaya semualah..
hebat semua!

Alhamdulillah, menang dapat no 1.
happy sangat diorg.
so, dapat wakil utk kawasan Kangar.
pertandingan selang 2 minggu.



ni gaya kali ke 2.
kemain mulut merah.
ada parent yg sponsor make up utk anak2. apa lagi, seronok la masing2.
tarikh kejadian, sama jugak mak lupa.
hahaha.. ampunnn.
kali ni, mak angkut pompom girl sokong Amni and the geng.
bawak makcik (adik aku), tok umi and mat aniq skali.
meriah kali ni, ramaiiiiiiiiiiii org..
peringkat kawasan ni besar gak la.
kawasan Kangar, kawasan Arau dan kawasan Padang Besar.
ada bnyk pertandingan lain lagi like bercerita, nasyid, hafazan, azan dan kalam jamaie.
Pasti dia masuk 2 acara saja.




penyokong tegar ni.
budak kenit ni pun duk tiru gaya kakak dia buat kalam jamaei sebab selalu tgk kakak berlatih kat rumah kan..



persembahan diorg sama, cuma ada cikgu ubah sket gaya tu.
Pasti lain pun boleh tahan juga.
cuma aku rasa diorg punya persembahan, sama tak lintang pukang la.
and, menanggggggggggggggggggggggg.
yay!

kami tak tunggu sampai habis pun.
habis persembahan Amni, tgk persembahan team lain, pastu balik.
tak tunggu habis.
majlis mula dlm pkul 9, kalam jamaei tamat dlm pkul 11.
aku ada kelas hari tu.
Tuhan permudahkan utk kami.
acara kalam jamaei mula dulu, team Amni buat persembahan awal.
kelas aku pun tunda ke petang.
so, dapat lah pegi tgk, kalau tak tok umi lah yg temankan.
tak sempat  tgk penyampaian hadiah.
otw ke kelas, cikgu update bgtau menang, dapat no 1.
dapat wakil Perlis ke peringkat kebangsaan.
bila bgtau Amni, seronok sgt dia.
sebab duk sebut2 lah nak pegi lawan kat Penang.
tercapai la hasrat diorg.


hari Isnin pegi skolah, cikgu bagi piala kemenangan.
haish dia punya keciwi, bawak masuk bilik okeh..
adik pegang pun tak bagi. hahaha.. sabar jelah.

next month, peringkat kebangsaan.
event di Dewan Millenium Bertam.
setiap pertandingan ada wakil dari Perlis.
Pasti Amni wakil kalam jamaei. acara lain, wakil dari Pasti lain.
hari Jumaat diorg bertolak ke sana by bus.
anak2 pegi dgn cikgu dulu.
1st time lepaskan dia pegi dgn org lain selain family.
kawan2 aku tanya jugak, ok ke dia.
so far dia ok, excited tahap dewa okes...
tak sabar nak pegi jln2 dgn kawan2 and cikgu.
nak pegi Jumaat, hari Isnin ni dah sebok dah nak packing bagai.
jenuh melayan.



Jumaat petang berkumpul dulu semua.
parent ramai lah yg hantar anak2.
diorg pegi 1 bas + 1 van.
campur2 dgn team Perlis yg lain, so tak berapa kenal lah.
mula2 muka tu tak manis sgt, bila kawan2 cikgu2 dia smua dah ada, ok dah.
bawak bekal makanan, mainan bagai.
ulat dia pun bawak. suka hati lah nak..
cikgu keep update perihal anak2 masa otw tu.
mak pak semua tertunggu2 lah kan..
jarang2 lepas anak pegi jauh kan?
so far, cikgu2 diorg ni smua bagus2..

next day, kami bertolak pegi sana.
memula mcm nak check in Penang, then Ahad baru balik.
tapi macam malas pulak.
so, pkul 7 ke 8 camtu baru gerak dari rumah.
perjalan 2 jam camtu je.
singgah ambik mak aku skali bawak pegi sana.



budak tak sabar nak jumpa kakak.
pagi tu mood dia kelaut sket. yelah kena bangun awal kan?
tapi bila bgtau nak pegi tgk kakak, ha ok dah.
tapi otw tu diam ja dia.
layan mata je. hehe

sampai sana, acara kalam jamaei dah start. terlepas la dlm 3 group negeri lain tak sempat tgk.
kami tak bgtau Amni pun nak pegi tgk dia lawan tu.
bila dia pusing nmpk Aniq, menjerit dia terkejut. hahaha
lawak btoi aksi masa tu.
pastu sengihhhhhhhhhhhhhh tgk mama, papa, tok umi semua.
pesan dia buat elok2 nnt atas pentas.



so far persembahan diorg semua ok.
cuma team lain lagi hebat.
mmg tak letak harapan utk menang.
mak pak lain pun semua ok.
dlm group w.a masing support each other.
anak2 dah buat yg terbaik.
kalah menang adat bertanding, yg penting diorg dah berlatih dah buat yg terbaik.
bukan rezki kali ni.
budak2 happy ja pun, tak faham sangat. yelah 6 tahun kan..
dapat sampai tahap tu pun dah hebat sgt dah.
dgn org ramainya, bukan senang jugak.
ada team negeri mana tah, menangis sakan budak tu naik pentas.
sampai habis nangis tak leh buat kalam jamaei pun.
so, agak terganggu persembahan kawan yg lain.
gemuruh barangkali tgk org ramai sgt. 1 Malaysia oi mai ni..
team Amni, semua ok. lancar, takda silap pergerakan.
cuma bukan rezeki utk menang.
apa pun mama papa ni dah bangga sangat dah tgk Amni atas pentas dgn kawan2, semangat je smua.


dah habis persembahan, kami gerak ke dewan besar.
kat sana acara nasyid tak habis lagi. so pegi layan sana kejap.
papa g membuta dlm kreta. haha
aku ngan tok umi masuk dewan layan budak2 ni.
sekitar dewan ada gerai jualan mcm2.
makanan, pakaian, tudung, baju, mainan, mcm2.
budak2 paw papa belon sorang 1.
ramai la hai umat dlm tu.
wakil dari Sabah Sarawak pun ada datang.
semangat tu bagus kan?
then tgk penyampaian hadiah kejap walau dah tau Perlis tak menang pun. huhu.
sebelum habis, dlm pkul 1, kami gerak keluar dah.
klau tgg habis kang nak keluar jem pulak jlnnya.

singgah RnR terdekat, tukar baju Amni, solat semua bagai, gerak ke Tanjung Dawai.
lama gila kut tak pegi sana.
nak g shopping ikan bilis mata biru. hahaha.
jln2 sana, makan, shopping ikan kering smua bagai, then balik.
sampai rumah mak aku around 8mlm.
budak2 melepek lena letih.

tahniah utk cikgu2 Pasti Amni.
kenangan terindah utk Amni sepanjang pengajian di Pasti.
wakil negeri kutttttttttt.. hihi..
baru 6 tahun dah wakil negeri tok umi kata.
kalah mama dia nih..
memang dia suka dan asyik cerita tu jelah lepas tu..
gud job anak!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...