Tuesday, December 19, 2017

Persediaan anak nak masuk sekolah

Assalamualaikum.

tahun depan Amni masuk darjah 1 dah.
huhu...
mak tak zabarrrrrr..
walau sebenarnya tak ter imagine camna kalut dan huru haranya nnt. hahahaha
sokay, tu nnt kita cerita belakang.
now nak cerita salah 1 persediaan yg aku buat utk dia.
mak kan, anak nak masuk skolah rendah, macam2 gak la yg dipikirnya.
kemain google sana sini tengok.
tapi aku relax jelah walau 1st time.
sebab dulu dah biasa buat persiapan utk adik2, so tak la kelam kabut sangat.

baju, beg, kasut, semua dah setel dah.
papa dapat RM100 dari opis dia awal bulan hari tu.
diorg kalau anak sekolah dapat 100 utk sorang anak, so lepas la nak cover bag skolah and alat tulis.
mama beli kasut skolah.
gaji bulan 10, dah allocate sket utk beli kain buat baju skolah.
tok umi jahitkan, then dah setel yg tu.
yuran pendaftaran semua dah setel juga. share laki bini bayar.
banyak jugak la sebab aku hantar dia sekolah swasta.

persediaan utk dia almost done.
tinggal nak jahit lencana dan tanda nama kat tudung je.
lencana dah dapat, tanda nama belum lagi.
next week orientasi, so mama is excited.
anaknya belum tentu. hahahaha..

ok, back to topic.
salah satu persediaan utk dia bab alatan dan harta benda ni.



label nama utk alat tulis.
hahaha..
memula nak tempah je kat online tu ha, bersepah org share kat fb.
belek2, eh bazir je. mahal boleh tahan.
sudahnya aku beli je kertas sticker kat kedai stationary, pastu print.
edit sendiri je guna mic. excell.
buatlah 2 saiz. tak perlu besar sangat sebab nak lekat kat pencil semua tu.
pastu potong lah.
yg ni la azab sket. tapi sokay je, bukan selalu kan?
kalau order diorg dah siap potong, kita lekatkan je.
takpelah, berjimatlah sket.
boleh je pun tulis dengan marker pen, tapi tak lawalah...
mlm tu, mulalah lekat kat alat tulis dia semua.
kat pensel warna pun sama.
aku beli pensil warna yg 24 batang tu, tapi yg tu tak payah bawak g sekolah.
risiko utk hilang tu ada. hahaha.
aku kasik bawak yg 12 kaler tu je dulu. yg tu dapat free dari Pasti.
elok juga, brand apa entah lupa dah.
awal2 ni tak payah nak bawak semua, tak tau mcm mana dia nak jaga harta benda dia nnt.
hari2 aku tarbiah dia suruh jaga barang2 semua elok2.
sekolah baru tak sama macam Pasti, cikgu tolong simpankan semua.
budak tu boleh tahan carelessnya..

utk baju, aku tempah label utk baju.
dah sampai last week.
aku design sendiri dan diorg printkan.
tak mahal sgt yg tu. berbaloi la sebab nak lekat kat baju kan?
katanya tahan la walau basuh berkali2.
kita tgk hasilnya nnt cemana.
belum lekatkan lagi sebab baju sekolah masih pada tok umi. katanya dah siap jahit nnt kita collect.
kena label semua baju dia sebab nnt diorg tukar baju kat sekolah ja utk ke sesi petang.

soon, kalau berkesempatan aku update perihal persediaan anak nak masuk sekolah ni yeh.
ada ke kat sini yg anak nak masuk darjah 1?
meh sep sket..


2 comments:

  1. wa masih rilex lagi sebab anak baru 6yrs tahun depan. masih dalam mood amik mudah lagi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lagi tu. hehe.. kat taska tak sama mcm kat sekolah rendah. tak tau lah nnt cemana la gayanya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...