Friday, February 23, 2018

Hampir 2 bulan sekolah..

Assalamualaikum..

dah almost 2 month anak2 kita sekolah utk tahun 2018.
pengalaman baru utk aku sebab Amni masuk darjah 1.
Alhamdulillah, everything goes well.
oh, not so well. hahahaha

anak dara aku sorang tu, Allahu banyak ragam okeh.
maybe sebab anak sulung and too attach to apak dia, so dia punya manja mengada tu berganda sket.
stress aku nak melayan.
dengan apak dia ok, sebab apak memang jenis layan anak over nau.
mak ni tak suka nak manjakan anak lebih2 and mak ni jenis if i say A, thats means A..
kekekeke..
tak la maksudnya aku berkeras dgn anak. no..
ada waktu kena berkeras, ada waktu kita manja meleser2, ada masa kita gelak2 guling2..
org selalu cakap, anak perempuan manja dengan ayah kan?
begitulah nampaknya tu..
dia mmg manja+mengada dgn apaknya.
so, bila dgn aku, malas oi nak layan. mak bnyk keja lagi nak buat.
dan kadang2 mak bertegas, so datanglah perangai nak keriau bebai dia smua.
kena pulak Amni ni jenis merempan.
tau? dia kalau ada benda tak puas hati, tak kena dgn dia, dia akan mengungkit, berleter, bebai berpanjangan. seriusssssssssssssss stress.
kena pulak mak tgh bizi, memang aku jerkah je. hahahaha..
pastu pujuk balik. kadang2 tak makan pujuk.
so lantak situ hang keriau puas2 dulu.
dah besar ni kurang sket merempannya tapi masih ada.
bila dia nak mula, aku warning siap2..
p keriau dalam bilik sana, mama tak suka dengaqq.
klau mood ok sket, dia diam. kalau dak, dia sambung keriau. grrrrrrrrrrr..

okes, back to cerita dia kat sekolah.
so far, dia nampak suka and enjoy kkat sekolah.
bangun pagi walau dah almost 2 month, masih lagi ada angin.
bebai kena bangun awal, mandi siap smua tu.
dah start makan, mood dah ok sket boleh sembang gelak2 dah.
kadang2 klau mood tak ok, sambil mandi or pakai baju, boleh dia menangis mengogoi okeh.
sabar jelah aku pagi2 tu.
kadang2 kalau dah melampau memang aku jerkah jugak la.
nak soft spoken pun takleh dah.
pagi2 kan kelam2 kabut nak siap nak p keja nak hantar dia skolah lagi.
setengah jam duk keriau tak pakai baju apa. bila tanya cakap nak p skolah.
dah tu hang duk keriau pasai apa? sebab mengantuk katanya.
sabaq jalah..
kadang2 aku ni pagi2 gerak dia elok2, pujuk, puji2 sket bagi mood dia ok.
dah bangun elok, masuk bilik ayaq, ada la apa tak kena, haaaaaaaaa mula la drama.
kembang kempis aku ni duk tahan sabaq takmau marah dia pagi2 kan?
kesian la jugak kang nak p skolah mood tak elok seharian mak rasa bersalah.
hari2 aku ni ulang2 benda sama, nasihat dia puji dia semua lah.
now pagi2 aku yg hantar dia ke sekolah. takmo p dgn papa sebab papa lambat. dia nak p awai.
tapi kena cergas sket la pagi2 tu takleh slow2 sebab nak p awai.
masuk bulan 2 ni dah ada peningkatan sket la. maybe sebab dah enjoy kat sekolah.

sampai sekolah, jumpa kawan2, mood terus ok.
seronok dah.
blk skolah kang mcm2 la dia cerita, gitu gini.
bila tanya seronok ka p skolah tu?
dia jawab seronok... suka cikgu tu, cikgu ni. kawan2 smua ramai.
tapi bila tanya awat pagi2 duk bebai keriau, dia bebai lagi. hahahaha
selagi mak boleh sabaq mak sabaq lah kakak oi.
esok2 dah besaq hang baca ni okey... mama dah tua hang jaga, siapppppppppppppppppp..

mula2 sekolah, minggu pertama diorang balik pkul 2.
so mak cuti 2 hari, then apak cuti sehari utk jemput dia tghr tu.
last day hari Jumaat tu, mak pecut tghr p ambik dia balik then hantar umah pengasuh adik.
masuk minggu ke 2, dah start sampai petang.
diorg balik pkul 5.30 petang.
sesi pagi, mcm biasa sampai pkul 1.30 tghr.
pastu makan tghr kat kantin (sekolah sediakan) then solat Zuhur berjemaah.
lepas solat, tukar baju utk sesi petang.
petang mcm sekolah lain jugak, Kafa.
pkul 4.30 petang, makan petang (sekolah sediakan) then solat asar.



ni kantin diorg.
kecik ja sekolah ni. budak pun ramai lagi.
kat kantin ni, pagi2 guna utk perhimpunan pagi.
tiap2 hari ada perhimpunan.
masa perhimpunan, baca asma ul husna, nyanyi lagu skolah semua. pastu solat Dhuha.
masuk kelas, ada slot mengaji al-quran dulu sebelum start belajar mcm biasa.
then makan pagi, tghr and petang semua kat sini. sebab tu kena buka kasut kat sini.
mula2 risau gak kut tertukar kasut hilang ke apa.
so far, Amni ok lagi.
diorg mkn dalam talam kat sini.
ada bagusnya lagipun sunnah Rasulullah kan?
and Amni ok, blh je makan.  sebab aku hari2 tanya.
ada je org yg takleh terima makan dalam talam share ramai2.
entah. aku ok je.. ajar anak share and tolak ansur kan?



manja busyuk intan payung mama papa..
jubah hijau pakai hari Jumaat. hari lain baju sekolah mcm biasa. hari Rabu baju sukan.
gambar baju sekolah tu, masa ambik tghr 1st week p sekolah.
anak tudung dah bersememeh dah pakainya.
masa ambik wudhuk katanya, dia tak reti pakai sangat.
now, dah ok sket dah.

memang dia nmpk enjoy.
cumanya letih la. pegi pagi balik petang kan?
mlm tu memang dah habis bateri dah.
selalu pkul 9.30 mlm tu dah terlentok depan tv dah.
letih sangat gaya tu.
makan mlm memang kena prepare awal. blk skolah kadang memang belikan kuih ke apa2 utk dia siap2 sbb petang pun dan merengek lapar.
blk rumah, lepak2 sat. mandi, solat maghrib, makan then buat homework kalau ada.
kalau homework banyak kadang buat keja sambil menangis. over..
pernah apak dia yg tolong buatkan sebab cemuih tgk anak duk keriau. hahahaha.
sabaq jalah pak hang pun.
kalau takda keja sekolah kadang dia main toys dia or layan kartun jap.
kalau tak letih sangat kadang jenuh ligan jugak la nak suruh tidoq. pastu pagi esok bebai. kekeke.
kemas buku, kemas beg semua dah blh buat sendiri. awal2 mak ajar semua, pastu dia pandai buat sendiri.
nampak dia ada tanggungjawab dah. cumanya kalau mood kelaut, apapun tak bule.


dulu dia tanya, sampai bila kakak kena p sekolah after seminggu 2 p skolah.
long way to go lagi kakak oi. hahahah.
moga terus bertabahlah anak beranak semua.

anak korang cemana pegi sekolah?
ok ke?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...