Tuesday, February 27, 2018

Masak dan makan di hari minggu

Assalamualaikum..

now, weekdays jarang masak dah.
xsempat + malas + letih + diet. hahaha
mak diet, 1 rumah kena diet jugak.
eh tak laaa..
takkan anak aku kecik2 nak kena diet kut.
kejam wehhh..

weekdays tu ada hari masak, ada hari tapau, ada hari makan je apa ada.
sejak Amni sekolah ni, berubah sket la jadualnya.
dia balik sekolah petang tu, keriau lapar lapar lapar..
memang kena beli apa2 sebelum balik rumah.
kadang2 kuih muih, roti or apa2 lah.
blk rumah, dah mkn, lepak2, mandi, solat maghrib semua then buat homework kalau ada.
kalau takda, dia main or tgk tv.
by 9.30 camtu kadang dah gone..
letih skolah.
so, mak kena cargas masak awal. kadang dia dah mkn kenyang petang tu so takda hal.
mlm dia minta susu or milo je.
Aniq pun sama. kadang malam dia minta milo+roti je.
aku mudah je, ikut selera anak. hahah.
mak ok je apa2 pun sebab bukan makan berat waktu mlm.
utk laki, kang pandai2 dia lah carik makan kalau binik tak masak.
dia kadang blk keja, mlm tu kluar pulak dgn apak dia.
g kedai runcit ke g bank ke, pastu dia menyinggah rata kang ada saja makanan dia bawak balik.
kadang2 pkul 10 bawak balik beger. ko ghaseee?
mlm2 mak pak mentua aku pun tak masak.
kadang mkn yg simple2 je, capati ke, kebab ke, or order je dari kedai sebelah.
kedai makan keliling rumah. siap duit je.
tak susah nak hidup pun. hehehe..

bila weekdays now dah jarang masak, weekend tu kena manfaatkan sket lah ye.
jgn malas sgt eh..
kang kena caruts dgn laki, haaaaaaaa..

selalunya hari Sabtu la nak masak beriya pun.
laki balik pkul 2 tu, ha dah boleh beridang dah..
hari Ahad selalu balik rumah mak pak aku.
so masak makan kat sana.

hari Sabtu Ahad, Amni mengaji quran.
hari Sabtu mmg aku yg hantar dia sbb apak dia keja.
pkul 9 kluar hantar dia. lepas tu merayap ke market or pasar tani carik bahan basah.
kadang plan nak masak apa, kadang tak.
tengok bahan basah baru plan nak masak apa.
then, balik rumah, setelkan keja rumah like basuh n sidai baju.
pkul 11 kluar pegi ambik dia pulak. blk tu baru start masak.
pkul 2 laki balik, ha dah boleh makan sama2.
keja rumah pun dah setel.
lepas mkn, kemas2 dapur, then tidoq. hahahaha..



ni lauk weekend lepas.
terasa nak makan sayur manis cendawan.
beli cendawan dari opis aku (bahagian agro) dah seminggu tapi segar bugar elok je.
bei sayur lobak utk tambah skali.
tengok sotong nampak fresh elok, beli sket. 7-8 ekor camtu dah RM10. sabaq jelah.
tengok ikan kembong@temenung pun nmpk segar bugar sehat elok.
pilih2 7 ekor, RM7. gulp... sekilo RM16 hari tu.
haishhh..

elok laki sampai, ikan pun siap goreng.
ikan last skali setel sebab nak makan panas2, baru best.
setel semua kecuali sotong. pakat suka la ikan garing panas2 kan?
laki bini makan bertambah2 ok. hahaha.
sambal tu pun, gigih aku tumbuk ok.
punyalah nak feel makan tau..
lauk simple camni, mmg bule bertambah nasi. percayalah..

sayur manis tu yg win.
uii sedap.
nak buat pun senang plus menu sihat. sebab rebus je.

sayur maneh versi kakyah :
tumbuk belacan+bawang merah+ikan bilis/udang kering(aku guna ikan bilis gred A) +cili (aku tak masuk cili pun sebab kang pedas anak2 nak makan). pastu tambah air agak2 dgn sayur, masuk segala sayur (batang dulu) then rebus. perasakan dengan garam dan gula. agak batang dah lembut masuk sayur lain. dah siap. kalau pedas sket lagi umph.. tapi sokay,leh kaver dgn sambal belacan kakyah yg meletops itu..



sambal belacan ni wajib ada kalau mkn nasi.
kecuali lauk sambal la.
belacan jgn kedeks sangat, kang tak rasa.
air asam jawa pastu perah limau sket.
perghhhhhhhhhhhh... menjejes makan oi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...